Secawan Kopi......Catatan ringkas, ingatan untuk diriku sendiri......
12 June 2012 ( 22 Rejab 1431H)
Aku dan Sekeping Hati.....
Dalam banyak perkara, NJ rasa hati sangat sukar di kawal, dijaga dan dipujuk....Percaya atau tidak, dalam banyak keadaan, hati selalu mendahului akal rasional untuk bertindak.NJ bercakap berdasarkan pengalaman sendiri....Hati cepat menilai apa jua yang berlaku di sekeliling...kekadang hati cepat menghakimi apa yang berlaku tanpa usul periksa.....sebagai manusia biasa NJ seringkali terperangkap dan kalah dengan mainan hati...Kalau setakat sakit hati, 2-3 jam Insyaallah boleh baik....tapi masalahnya kalau hati sakit....ada kah ubat untuk menyembuhkan....Istilah hati sakit yang NJ maksudkan bukanlah dari segi perubatan....tp tapi masalah hati sakit dari sudut kerohanian....Teknologi paling moden pun tak akan dapat mengesan penyakit yang super kritikal ni...."Ya Allah....kurniakan kepada kami hati yang lembut dan terangi lah hati kami dengan nur kasih sayangMU..Lembutkan lisan dan hati kami dengan istiqfar dan zikir kepadaMU...Amin Ya Rabb....
Terjemahan
(Thaaha :1-6)
Thaaha. Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah. Sebaliknya sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah.Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas Arasy. Kepunyaanlahlah semua yang ada di langit, di bumi di antara keduanya dan semua yang ada di bawah tanah.

No comments:
Post a Comment